Ramadhan Kita: Tanda Aras & Pengajaran

pada 19 Ogos 2009


Insya Allah, maghrib 21 Ogos, Ramadhan mengunjungi kita membawa tawaran mega terbesar tahunan: rahmah (rahmat), maghfirah (keampunan) dan `itqun min an-naar (keselamatan dari neraka). Terpulang kepada kita untuk mengisinya.

Memandangkan kebanyakan portal / blog telah mewarwarkan panduan asas memanfaatkan Ramadhan (pengenalah, keagungan, kelebihan / fadhilat, tegahan, tips, dsb), saya bercadang untuk mengutarakan isi sedikit berlainan sebagai pelengkap.

Perkongsian saya adalah berkenaan tanda aras (benchmark) & pengajaran Ramadhan yang kita lalui berbanding yang dilalui orang terdahulu (bermula zaman Rasulullah hinggalah terhampir kini).
  • Rasionalnya mudah: kita perlukan tanda aras untuk menilai pencapaian
  • Cuma, piawai (standard) pencapaian adalah berbeza dari individu ke individu
  • Apapun, saudara/i boleh menetapkan sendiri aras asas (baseline) yang diyakini wajar.
Justeru, saya kongsikan beberapa rujukan ke laman-laman berkaitan. Cuma, amat dihargai, kiranya ada pembetulan maklumat pada mana-mana laman web yang saya rujuk tersebut. Ini memandangkan kebnyakan laman / blog tidak menyatakan rujukan / sumber salinan mereka. Buat masa ini, antara rujukan ialah:
Moga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya, Insya Allah...

0 komen:

Catat Ulasan