Dana-Dana ASNB: Harus(?) atau Haram(?)

pada 01 Ogos 2009



Nampaknya, dilema pelabur dan bakal pelabur berkaitan status Syariah bagi dana-dana Amanah Saham Nasional Berhad masih belum terungkai sepenuhnya. Ini memandangkan terdapat dua (2) pendapat berbeza yang memberi hukum bertentangan:

  • Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, melalui Muzakarah Kali ke-80 pada 1-3 Februari 2008, membuat keputusan bahawa: "Hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus." [Lihat keputusan]
  • Majlis tersebut, dalam senarai sehingga 30 Jun 2009, tidak mengkategorikan sepuluh (10) dana Amanah Saham Nasional Berhad sebagai Dana Islamik. [Muat turun senarai]. Dana-dana tersebut ialah:
  1. AS Nasional
  2. AS Bumiputera
  3. AS Wawasan
  4. AS Nasional 2
  5. AS Malaysia
  6. AS Didik
  7. AS Nasional 3 Imbang
  8. AS Gemilang - ASG Pendidikan
  9. AS Gemilang - ASG Kesihatan
  10. AS Gemilang - ASG Persaraan
Soal-jawab seterusnya:
  • Pendapat mana yang harus diamalkan? Secara asasnya, kedua-duanya boleh diamalkan. Mereka berautoriti & telah memberikan ijtihad.
  • Pendapat mana yang lebih tepat? Tepuk dada tanya Iman. Pada pandangan kerdil saya, adunan harmoni antara teori & praktis tentunya diperlukan. Ini memerlukan perbincangan terperinci.
  • Di mana boleh didapatkan bahan perbincangan yang membawa kepada 2 keputusan bertentangan tersebut? Saya sedang mencarinya, mohon sesiapa yang tahu untuk maklumkan. Sementara itu, semakan rentas dengan Resolusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti juga sesuai dibuat
  • Ada pandangan / sumber lain? Ada, antaranya pandangan Ustaz Zaharudin Abdul Rahman (profesional kewangan Islam, pensyarah, calon PhD - [profil] ):
  1. Melabur dalam Skim ASN dan ASB Hukumnya Harus, Kata Jawatankuasa Fatwa
  2. Perbincangaan Hukum Pelaburan ASB: Versi Kemaskini
  3. Tak Puas Hati Isu ASB: Jawapan

0 komen:

Catat Ulasan