Hukum Membawa Mushaf Versi Elektronik

pada 17 Ogos 2009


Ada kemusykilan yang ditimbulkan ekoran kiriman terdahulu saya (Mushaf Versi Elektronik), terutamanya jika ia dibawa ke tempat-tempat yang tidak suci.

Antara fatwa yang sempat saya rujuk berkenaan isu ini ialah:

1.   Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam:
  • Saya belum terjumpa fatwa berkaitan isu ini (membawa Mushaf versi elektronik ke tempat tidak suci) dalam paparan Sistem Maklumat E-Fatwa
  • Isu yang kelihatan hampir sama ada difatwakan (Hukum Penggunaan Ayat-ayat Suci Al-Quran dan Laungan Azan dalam Nada Dering dan Paparan Skrin di dalam Telefon Bimbit - 10 April 2007 melalui muzakarah Kali Ke-77). 
  • Namun ia tidaklah bertepatan dengan isu yang kita bincangkan di sini. Ini kerana, tanpa mematikan telefon / mengubah nada dering tersebut, kita tidak dapat mengawalnya dari berbunyi jika ada panggilan masuk ketika berada di tempat tidak suci. Manakala bagi Mushaf versi elektronik, kita tentu tidak membuka aplikasinya bagi paparan di tempat tidak suci atau tidak menutupnya terlebih dahulu (kita mengawalnya).

2.   Pejabat Mufti Kerajaan Brunei Darussalam:
  • Hukum Membawa Alat-alat yang Mengandungi Perisian Al-Qur'an ke Tandas  (Bil : 245 Bahagian Pertama bertarikh 28 Februari 07) [muat turun fail - 5 muka surat]
  • Antara keputusannya: "Maka dapatlah diambil kesimpulan di sini bahawa adalah harus hukumnya membawa masuk alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya ke tandas dengan syarat unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an itu tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada di tandas."
Saya beranggapan bahawa fatwa Mufti Kerajaan Brunei tersebut adalah bertepatan dengan isu yang kita bincangkan di sini.

0 komen:

Catat Ulasan