Ramadhan Kita: KRA / KPI / BSc

pada 18 Ogos 2009




Dalam kesibukan kita mengejar KPI diri & organisasi, apa kata kita ubahsuai KPI sendiri untuk Ramadhan ini. Ia tidak bemaksud untuk memberi nilai kuantitatif terhadap ketaqwaan (matlamat puasa - Al-Baqarah:183). Ia sekurang-kurangnya berguna untuk:

1. penilaian peribadi, di mana suatu mekanisme diolah bagi memantau penambahbaikan tahunan (hari ini lebih baik dari semalam)


2. penjajaran misi mencapai ketaqwaan
  • Firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Al-Baqarah:183).
  • Sejak kecil kita dibacakan terjemahan ayat ini, namun Stephen Covey (antaranya) yang membawa idea ini ke dunia korporat (7 Habits - Habit 2: Begin with End in Mind)
Saya belum bertemu dengan satu format 'spreadsheet' atau perisian yang tepat bagi tujuan KPI Ramadhan. Cuma, mungkin sebagai asas, panduan ringkas tersebut boleh diubahsuai:
  • MyQuestScoreCard - versi lama 2007
  • Carian sendiri. Contoh untuk ditaip: [muhasabah ramadhan filetype:xls]
Mungkin ada cadangan templet KPI yang bersesuaian?

0 komen:

Catat Ulasan