Pembantu Rumah: Status Kesihatan & Ragam Agen

pada 07 Ogos 2009

Catatan terdahulu saya tentang pembantu rumah ialah berkaitan kegagalan melepasi ujian tekanan darah pada 28 Julai [lihat]. Namun, pada 3 Ogos, saya dimaklumkan doktor bahawa pembantu rumah mengidap/membawa Hepatitis B & STD. Doktor turut faks laporan makmal Gribbles.

Soalnya: Bagaimana Rumah Sakit Umum Pusat H. Adam Malik di Medan boleh mengesahkan bahawa pembantu rumah bebas daripada ketiga-tiga masalah tersebut?
  • Dr. SD, pada 13 Jun, mengesahkan tekanan darah ialah pada 110/70. Selepas 45 hari, pada 28 Julai, doktor di Malaysia mengesahkan tekanan pada 190/108 (ujian 1) 176/? (ujian 2).
  • Dr. RL, dalam laporan patologinya bertarikh 13 Jun, mengesahkan pembantu bebas daripada Hepatitis B & STD. 49 hari kemudian, pada 1 Ogos, makmal Gribbles di Malaysia melaporkan pembantu mengidap / membawa kedua-dua penyakit tersebut.
Saya tidak bermaksud mengaibkan kedua-dua doktor dan hospital tersebut. Cuma, hasil pemeriksaan mereka kelihatan tidak betul / pengesahan mereka palsu. Bakal majikan di Malaysia harus berwaspada.

Agen?

Agen di seberang beroperai di Dumai. Memanglah janji awal ada gantian kalau pembantu rumah ada masalah. Cuma, bila masalah timbul, agen pula yang bermasalah. Paling awal dapat gantian pun sebulan lagi.

0 komen:

Catat Ulasan