Persembahan Berkesan

pada 12 Ogos 2009






Penilaian Kerjaya

pada 11 Ogos 2009




Mengurus Latihan Berkesan

pada 10 Ogos 2009


PC Fair 2009 (Ogos)

pada 09 Ogos 2009


Memilih Produk Jalur Lebar 'Bergerak(?)'

pada 08 Ogos 2009

Sempena musim PC Fair ni, saya cuba cari 'mobile broadband'. Ye lah, bukan main hebat promosinya. Lepas:
  • tengok tawaran kat laman web,
  • berborak dengan jurujual di PC Fair,
  • nilai semula keperluan utama,
  • congak nilai sebenar (kos & faedah),
saya buat keputusan: guna dulu talian sekarang. Sama ada saya 'detail' sangat, ataupun silap congak, takpun produk-produk tu tak penuhi keperluan kos & faedah saya. Rasanya yang ketiga.

Tapi, sebab saya kena gi kursus 12-20 Ogos ni, saya nak cuba langgan pelan mingguan Celcom (RM20 seminggu). Modem: guna 'handphone'. Kalau ok, baru la boleh ejas-ejas nak tukar ke 'mobile broadband'. Saya bincang kedian pulak lah tajuk ni...

Pembantu Rumah: Status Kesihatan & Ragam Agen

pada 07 Ogos 2009

Catatan terdahulu saya tentang pembantu rumah ialah berkaitan kegagalan melepasi ujian tekanan darah pada 28 Julai [lihat]. Namun, pada 3 Ogos, saya dimaklumkan doktor bahawa pembantu rumah mengidap/membawa Hepatitis B & STD. Doktor turut faks laporan makmal Gribbles.

Soalnya: Bagaimana Rumah Sakit Umum Pusat H. Adam Malik di Medan boleh mengesahkan bahawa pembantu rumah bebas daripada ketiga-tiga masalah tersebut?
  • Dr. SD, pada 13 Jun, mengesahkan tekanan darah ialah pada 110/70. Selepas 45 hari, pada 28 Julai, doktor di Malaysia mengesahkan tekanan pada 190/108 (ujian 1) 176/? (ujian 2).
  • Dr. RL, dalam laporan patologinya bertarikh 13 Jun, mengesahkan pembantu bebas daripada Hepatitis B & STD. 49 hari kemudian, pada 1 Ogos, makmal Gribbles di Malaysia melaporkan pembantu mengidap / membawa kedua-dua penyakit tersebut.
Saya tidak bermaksud mengaibkan kedua-dua doktor dan hospital tersebut. Cuma, hasil pemeriksaan mereka kelihatan tidak betul / pengesahan mereka palsu. Bakal majikan di Malaysia harus berwaspada.

Agen?

Agen di seberang beroperai di Dumai. Memanglah janji awal ada gantian kalau pembantu rumah ada masalah. Cuma, bila masalah timbul, agen pula yang bermasalah. Paling awal dapat gantian pun sebulan lagi.

H1N1 - Swine Flu - Selsema Babi

pada 06 Ogos 2009

Senario global:

Panduan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:
Laman Rasmi Influenza A (H1N1)

Peringatan Rasulullah S.A.W dan doa...


Nukilan di halaqah.net:
Kejadian Kematian Mengejut Kerana Wabak Penyakit Aneh

Rasulullah s.a.w. semasa hayatnya telah lebih dahulu bersabda: “Hitunglah ada enam peristiwa yang akan terjadi menjelang kiamat, iaitu kematianku, kemudian penaklukan Baitul Maqdis kemudian terjadinya kematian masal yang disebabkan oleh wabak penyakit yang akan menimpamu seperti penyakit Qu’as yang menimpa kambing.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Shahihnya dari Anas bin Malik pada “Kitabul Jizyah wa al-Muwa‘idah”, juz 6, dan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tabrani dari Mu’az bin Jabal.).

Penyakit Qu’as adalah penyakit yang biasanya menimpa haiwan-haiwan ternak di mana dengannya keluarlah cecair dari hidungnya, maka ia akan mati dengan cepat.

Kematian masal yang disebabkan oleh wabak penyakit telah sering terjadi di dunia ini. Wabak pertama terjadi semasa kerasulan Nabi s.a.w. Kemudian terjadi lagi pada masa khalifah Umar bin Khattab di Syam setelah penaklukan kota Baitul Maqdis, yang disebut dengan “Tha’un ‘Amwas”. (Lihat Fathul Baari, kitib Al-Jizyah wa al-Muwada’ah, juz ke-6.).

Wabak ta’un yang seumpama yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. terhaji juga pada abad ini, sepertimana yang pernah terkenal dahulu sebagai “selsema burung” dan “selsema babi” dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. menyebut hal itu ialah bila wabak itu terjadi sebagai petanda bahawa dunia ini telah hampir dengan saat kiamat. Wabak ini menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.

Bagi orang yang beriman, kematian yang disebabkan oleh wabak penyakit adalah termasuk dalam kelompok mati syahid bagi sesiapa yang dikehendaki Allah, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w.: “Kemudian muncullah suatu penyakit terhadap kamu yang akan menjadikan anak cucu kamu dan kamu sendiri sebagai syahid di sisi Allah.” (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Hakim dan disohehkan oleh Al-Albaani, lihat kitab beliau Sahih al-Jami’ al-Saghir.)

Ummah: Dari Kegelapan Menuju Kebangkitan

pada 03 Ogos 2009



Saya tertarik dengan kompilasi terjemahan karya HarunYahya bertajuk
"Zaman Kegelapan Islam dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam">. Semoga Allah mengganjari penterjemah sebaiknya.

  • edisi atas talian (.html), dengan sub-topik berikut:
  1. Mukadimah
  2. Musuh-Musuh Dunia Islam
  3. Chechnya
  4. Palestin
  5. Kashmir
  6. Turkestan Timur
  7. Bosnia, Kosova, dan Macedonia
  8. Algeria
  9. Tunisia
  10. Eritrea - Ethiopia<
  11. Chad
  12. Somalia
  13. Djibouti
  14. Sudan
  15. Uzbekistan
  16. Afghanistan
  17. Iraq
  18. Syiria
  19. Penindasan ke atas Umat Islam Minoriti
  20. Kesimpulan
Amat menarik, 19 sub-topik awal yang penuh kesedihan ditutup dengan sub-topik 20 yang mengubat luka, dan menyubur kembali obor perjuangan mencapai kegemilangan dunia & akhirat.


Renungan:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum lagi datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya dengan orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa dengan malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah, 2:214)

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh, bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan Dia pasti akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada di dalam ketakutan, menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mem per­sekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) ini maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (An-Nuur, 24:55)

Marwa El-Sherbini - Mana Al-Mu'tasim Abad Ini?

pada 02 Ogos 2009



Marwa El-Sharbini (32, ahli farmasi dari Mesir, hamil 3 bulan) ditikam 18 kali hingga syahid semasa perbicaraan di sebuah mahkamah di Dresden, German

Maklumat lanjut:


Itulah wajah sebenar German rupanya, dan:
1) orang-orang di mahkamah: hanya melihat Marwa ditikam 18 kali
2) polis: tembak suami Marwa yang membantu, bukan penikam
3) Kerajaan German / EU: membisu, walaupun ia adalah 'hate crime'
4) Kerajaan / Media /NGO barat: membisu, tiada soalan hak asasi, keadilan
5) Dunia: membisu, walaupun ia adalah jenayah ke atas kemanusiaan.

Mana Al-Mu'tasim Abad Ini?

Kes Marwa El-Sherbini ini mengingatkan kita bagaimana Khalifah Abbasiyyah, Al-Mu'tasim (833 - 842) memerangi kerajaan Rom ekoran penghinaan terhadap seorang muslimah, yang terkenal dengan insiden "Waa Mu'tasimah!" (وا معتصماه).

* Nota: Ada beberapa versi tentang insiden ini, saya sedang usahakan kompilasi tepat, mohon dikemukakan jika ada. Namun, secara asasnya ialah seperti berikut:

Apabila tentera Rom menawan Malatya, ada seorang muslimah yang diperlaku dengan buruk oleh tentera penceroboh (ada yang mengtakan oleh seorang Yahudi). Muslimah tersebut menjerit "Wahai Al-Mu'tasim!" (وا معتصماه). Apabila berita muslimah ini sampai ke pengatahuan Al-Mu'tasim, beliau lalu mengerahkan angkatan tenteranya bagi membela muslimah tersebut, dengan kata-katanya yang terkenal:
  • “Wahai anjing-anjing Rom. Seandainya kepala bala tentera yang aku hantar sudah tiba di Rom, ekor bala tenteranya masih ada di sini”, atau versi lain:
  • ”Jika mereka tidak mengambil tindakan terhadap lelaki Yahudi itu, aku akan hantar batalion tentera, panglimanya di perbatasan Rom dan tentera terakhir berada di negeri ini”.
Dinukilkan bahawa rentetan peristiwa ini, Khalifah Al-Mu'tasim menghantar 30,000 tentera ke kota Amuriah di Rom dalam bulan Ramadhan 223H, dan mereka berjaya membukanya kepada Islam. Allahu Akbar!!!


Tindakan kita?
Mencegah dengan tangan (kuasa)? Lisan? Hati (selemah-lemah iman)?
Sekurang-kurangnya, sainlah petisyen bantahan atas talian [contoh]

Dana-Dana ASNB: Harus(?) atau Haram(?)

pada 01 Ogos 2009



Nampaknya, dilema pelabur dan bakal pelabur berkaitan status Syariah bagi dana-dana Amanah Saham Nasional Berhad masih belum terungkai sepenuhnya. Ini memandangkan terdapat dua (2) pendapat berbeza yang memberi hukum bertentangan:

  • Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, melalui Muzakarah Kali ke-80 pada 1-3 Februari 2008, membuat keputusan bahawa: "Hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus." [Lihat keputusan]
  • Majlis tersebut, dalam senarai sehingga 30 Jun 2009, tidak mengkategorikan sepuluh (10) dana Amanah Saham Nasional Berhad sebagai Dana Islamik. [Muat turun senarai]. Dana-dana tersebut ialah:
  1. AS Nasional
  2. AS Bumiputera
  3. AS Wawasan
  4. AS Nasional 2
  5. AS Malaysia
  6. AS Didik
  7. AS Nasional 3 Imbang
  8. AS Gemilang - ASG Pendidikan
  9. AS Gemilang - ASG Kesihatan
  10. AS Gemilang - ASG Persaraan
Soal-jawab seterusnya:
  • Pendapat mana yang harus diamalkan? Secara asasnya, kedua-duanya boleh diamalkan. Mereka berautoriti & telah memberikan ijtihad.
  • Pendapat mana yang lebih tepat? Tepuk dada tanya Iman. Pada pandangan kerdil saya, adunan harmoni antara teori & praktis tentunya diperlukan. Ini memerlukan perbincangan terperinci.
  • Di mana boleh didapatkan bahan perbincangan yang membawa kepada 2 keputusan bertentangan tersebut? Saya sedang mencarinya, mohon sesiapa yang tahu untuk maklumkan. Sementara itu, semakan rentas dengan Resolusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti juga sesuai dibuat
  • Ada pandangan / sumber lain? Ada, antaranya pandangan Ustaz Zaharudin Abdul Rahman (profesional kewangan Islam, pensyarah, calon PhD - [profil] ):
  1. Melabur dalam Skim ASN dan ASB Hukumnya Harus, Kata Jawatankuasa Fatwa
  2. Perbincangaan Hukum Pelaburan ASB: Versi Kemaskini
  3. Tak Puas Hati Isu ASB: Jawapan