1 Syawwal: Manifestasi Kejayaan Ketaatan

pada 19 September 2009



Selamat menyambut Aidil Fitri, maaf saya pinta atas salah dan silap.
 تقبل الله منا ومنكم  (moga Allah terima amalan kita (di Ramadhan))

Renungan seminit:

Alhamdulillah, setelah 29 hari mengikuti pusat latihan Ramadhan yang dipenuhi pelbagai ganjaran mega yang tidak dianggarkan berapa peratus sahaja dicapai, kita dikurniakan peluang meraikan kejayaan terhadap ketaatan tersebut. Sama ada latihan dilalui dengan jayanya atau sebalikya, atas sifat Maha Pemurah, Allah tetap mengurniakan kita peluang untuk menjengah Syawwal.

Perasaan kita tentunya berbaur, di antara kesedihan (mungkin juga kekesalan dek alpa) kerana Ramadhan berlalu, dengan kegembiraan (yang entah berasas atau tidak) menyambut Syawwal. Tanpa asas mantap, kita mungkin meraikan 1 Syawwal (1-30 Syawwal jika dikira rumah / pejabat terbuka) tanpa sorotan jelas terhadap falsafah Eid ini. Lalu jadilah Syawwal kita sebagaimana Ramadhan yang tidak dilengkapi.

Jarang sekali kita dengar ucapan  تقبل الله منا ومنكم  (moga Allah terima amalan kita (di Ramadhan)), meskipun ia merupakan manifestasi utama aspek `ubudiyyah dalam Eid. Tidak dinafikan bahawa ucapan `Maaf Zahir & Batin' dan sebagainya juga sebahagian manifestasi kecerdasan spiritual, namun apakah tersemat di lubuk hati penutur dan penerima tentang kaitannya dengan darjah ketaatan dalam Ramadhan untuk diraikan pada Syawwal?

Sekadar ingatan untuk diri sendiri yang sering alpa, dan dikongi untuk manfaat bersama, kiranya ada nilainya. Moga takbir raya dan sambutan kita lebih bermakna pada kali ini.

2 komen:

lina berkata...

very informative, easy to understand, nice looking, welcome to blogger's club... keep it up...

Syed Kheyr berkata...

Salam, Lina.
Thank you for your motivating remark on this humble blog. As a newbie, numerous tasks awaiting me for a better presentation... :-)

Catat Ulasan