Semasa berkunjung ke majlis sambutan Hari Pengguna Malaysia 2009, saya sempat beli 1 set hidroponik dengan harga promosi dari Kazzponic. Konsep '3T' yang diutarakan (tanam, tinggal, tuai) sangat sesuai bagi orang yang tidak rajin bercucuk tanam, macam saya :-). Tanpa rancangan untuk berniaga, jangkaan bagi fasa ini hanya:
- masa: manfaat masa santai keluarga,
- anak: tunaskan minat terhadap hidroponik/seumamanya,
- wang: hasil tanaman balik modal, makan sendiri jer...
Ha, nilah dia rupa set tu:

Kelebihan hidroponik:
- Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.
- Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.
- Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.
- Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
- Hasil tanaman boleh di makan keseluruhanya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.
- Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.
- Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.
Kelemahan hidroponik:
- Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.
- Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah.
- Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa
0 komen:
Catat Ulasan