Belajar Bahasa Arab - Ekspres

pada 28 Julai 2009

Alhamdulillah, ramai juga kawan-kawan di pejabat yang nak belajar / menyuburkan kembali bahasa Arab masing-masing, termasuk saya. Objekifnya pelbagai:
  1. jangka panjang (bila?): mampu membaca Al-Quran dengan kefahaman asas
  2. jangka sederhana (3 bulan?): mampu pandu anak siapkan kerja rumah :-)
  3. jangka pendek (1 bulan?): mampu bertutur beberapa patah perkataan
Jadi, kami mulakan dengan diskusi sesama sendiri setiap Isnin & Rabu, jam 5-6 petang. Maksudnya, kalau diskusi lancar, 2 jam seminggu = 8 jam sebulan. Dengan kesibukan tugas semasa, kami nampaknya agak 'ambitious' :-)

Pun begitu, kami cuba untuk pacu sesi pembelajaran melalui pendekatan:
  1. teknik 'reverse': mula dengan perbualan ringkas, kemudian pelajari keperluan asasnya
  2. multimedia: sebutan kena lah hampir macam 'native speaker' kan?
  3. internet: percuma - e-book, audio, video, perisian. Antara pautan menarik:
Apapun, bila niat murni, cara betul... ikhtiar & iltizam, insya Allah dipermudah urusan.

0 komen:

Catat Ulasan