3 Ramadhan: Tanda Aras & Penghayatan

pada 23 Ogos 2009


A. Tanda Aras: Ramadhan Mereka / hari ini dalam sejarah

Ringkasan dari laman NourAllah.com:
  1. Rasulullah S.A.W & para Sahabat R.A. keluar ke Badr (= 28 Feb 624M), dan memenangi Peperangan Badr Al-Kubra pada 17 Ramadhan. [tiada catatan rujukan]
  2. Kewafatan Sayyidatina Fatimah Az-Zahra' (=  21 Nov 632M). [tiada catatan rujukan]
  3. Peristiwa At-Tahkim di antara Sayyidina Ali K.W. dengan Mua'wiyah ibn Abi Sufyan R.A. (37H = 11 Feb 658M). [tiada catatan rujukan]
  4. Pembununuhan Marwan bin Al-Hakam (= 13 Apr 685M). [tiada catatan rujukan]
* Maklumat lebih terperinci di QudsDay.org, dan paparan hari 1-30 di Ikhwan.net


B. Tadarus / Penghayatan Al-Quran:
  • Bacaan & terjemahan: Juzu' 3 (Al-Baqarah:253 - Aali `Imraan:91)
  • Penghayatan: pelbagai sub-topik boleh didapati di Tafsir Ibn Katheer melalui Tafsir.com
Teks Al-Quran dengan terjemahan Melayu?

2 Ramadhan: Tanda Aras & Penghayatan

pada 22 Ogos 2009


A. Tanda Aras: Ramadhan Mereka / hari ini dalam sejarah

Ringkasan dari laman NourAllah.com:
  1. Ke arah Pembukaan Makkah (Fath Makkah) (= 23 Dis 629M). [tiada catatan rujukan]
  2. Permulan Pembinaan Kota Qairawan (= 23 Sep 670M). [tiada catatan rujukan]
  3. Kejatuhan `Umawiyah dan Kebangkitan `Abbasiyyah (132H, = 13 Apr 750M) . [tiada catatan rujukan]
  4. Peristiwa Bandar `Asqalan - Salahuddin Al-Ayyubi. (= 23 Sep 1191M). [tiada catatan rujukan]
* Maklumat lebih terperinci di QudsDay.org, dan paparan hari 1-30 di Ikhwan.net


B. Tadarus / Penghayatan Al-Quran:
  • Bacaan & terjemahan: Juzu' 2 (Al-Baqarah:142 - 252)
  • Penghayatan: pelbagai sub-topik boleh didapati di Tafsir Ibn Katheer melalui Tafsir.com
Teks Al-Quran dengan terjemahan Melayu?

1 Ramadhan: Tanda Aras & Penghayatan

pada 21 Ogos 2009


A. Tanda Aras: Ramadhan Mereka / hari ini dalam sejarah
Ringkasan dari laman NourAllah.com:
  1. Penurunan Suhuf kepada Khalilullah Ibrahim A.S. [At-Tabrani, dalam Al-Kabeer]
  2. Pernikahan Rasulullah dengan Sayyidatina Zainab bint Khuzaimah pada tahun 3H. [Ibn Hibban, dalam At-Theqaat 1/220]
  3. Solat Istisqa' pada tahun 6H. [Ibn Hibban, dalam At-Theqaat 1/286]. Berlaku pada tahun 6H [Imam Ahmad]
  4. Kebakaran di Masjid Nabawi pada tahun 654H. [Ibn Al-`Imad, dalam Shazarat Az-Zahab 3/263]
* Maklumat lebih terperinci di QudsDay.org, dan paparan hari 1-30 di Ikhwan.net


B. Tadarus / Penghayatan Al-Quran:
  • Bacaan & terjemahan: Juzu' 1 (Al-Fatihah - Al-Baqarah:141)
  • Penghayatan: pelbagai sub-topik boleh didapati di Tafsir Ibn Katheer melalui Tafsir.com
Teks Al-Quran dengan terjemahan Melayu?

Itulah Ramadhan Mereka... Kita?

pada 20 Ogos 2009

(diadaptasi, harap maaf atas masalah formatting)




  • عام 13 قبل الهجرة: ليلة القدر وهي الليلة التي نزل فيها القرآن وأول آية في كتاب الله وهي (اقرأ)، و في هذا اليوم أيضاً أسلمت خديجة بنت خويلد، وهي أول من آمن برسالة النبي محمد صلى الله عليه وسلم .
  • عام 1 هـ : سرية حمزة : وأول لواء يعقده رسول الله ، وكان ذلك على رأس سبعة أشهر من مهاجره، على ثلاثين راكباً، إلى ساحل البحر، فبلغوا سيف البحر، يعترضون عيراً لقريش قد جاءت من الشام تريد مكة فيها أبو جهل في ثلاثمائة راكب، فالتقوا واصطفوا للقتال، فمشى بينهم مجدي بن عمرو الجُهني، حتى انصرف الفريقان بغير قتال.
  • عام 2 هـ : غزوة بدر الكبرى : يوم الجمعة 17 رمضان، سماها القرآن يوم الفرقان, وهي هذا العام أيضا فرض الجهاد وفرضت زكاة الفطر : والزكاة ذات الأنصبة. وشرعت صلاة العيد.
  • عام 2 هـ وفاة رقية بنت محمد صلى الله عليه وسلم إثر مرض أصابها في رمضان.
  • عام 3 هـ :مولد الإمام الحسن بن علي (ع) في 15 رمضان السنة الثالثة للهجرة.
  • عام 4 هـ : زواج النبي محمد صلى الله عليه وسلم بزينب بنت خزيمة.
  • عام 5 هـ : غزوة بني المصطلق.
  • عام 8 هـ : فتح مكة. الفتح الأعظم فتح مكة: في عشرين رمضان سنة 8 هجرية. ويسمى فتح الفتوح، حيث دخل الناس على أثره أفواجاً في دين الإسلام. كان فيه إسلام أبي سفيان وعدد كبير من قادة المشركين، وفيه كان الأمر بهدم الأصنام من حول الكعبة.
  • عام 9 هـ : قدوم رسول ملوك حمير إلى النبى . وإسلام وفد ثقيف.
  • عام 40 هـ : استشهاد الأمام علي بن أبي طالب بالكوفة
  • عام 58 هـ : وفاة زوجة الرسول صلى الله عليه وسلم عائشة.
  • عام 92 هـ : فتح الأندلس
  • عام 702هـ : معركة شَقحَب أو معركة مرج الصفر
  • عام 114 هـ : موقعة بلاط الشهداء في 1 رمضان (أكتوبر 732م) المعركة في عهد الخليفة الأموي هشام بن عبد الملك في سهول فرنسا على ضفاف نهر اللوار بين المسلمين، وقائدهم عبد الرحمن الغافقي. وبهذه المعركة خسر المسلمون آخر محاولة بذلتها الخلافة لفتح الغرب وإيصال الإسلام إليه. وقد سميت ببلاط الشهداء لكثرة قتلى المسلمين فيها.
  • عام 218 هـ : دخول المعتصم بالله بغداد بعد توليه الخلافة.
  • عام 222 هـ : فتح مدينة بابك بخراسان في خلافة المعتصم.
  • عام 223 هـ : فتح عمورية. في 6 رمضان. ووقعت هذه المعركة بين المسلمين بقيادة المعتصم الخليفة العباسي وبين الروم وذلك بعد أن استنجدت امرأة بالمعتصم فصرخت 'وامعتصماه' فسمع المعتصم بالخبر وجهز جيشا وفتح عمورية.
  • عام 479 هـ : معركة الزلاقة بالأندلس، انتصر فيها المعتمد بن عباد ملك اشبيلية بالأندلس علي قوات الفرنجة الإسبان.
  • عام 559 هـ : وقعة حارم. في 9 رمضان. نور الدين زنكي ينتصر على الصليبيين ويأسر قائدهم ويستعيد مدينة حارم بالشام.
  • عام 570 هـ : فتح بعلبك في بلاد الشام في 14 رمضان، فتح القائد صلاح الدين الأيوبي عدة مدن في بلاد الشام، كان من بينها فتح بعلبك التي كانت في أيدي الصليبيين.
  • عام 584 هـ : فتح الكرك وصفد و كانتا في أيدي الصليبيين.
  • عام 587 هـ : أخذ الفرنج عكا.
  • عام 654 هـ : حريق كبير حدث في مدينة مسجد الرسول صلى الله عليه وسلم وهي أحد علامات القيامة الصغرى التي اخبر عنها قبل حدوثها بمئات السنين.
  • عام 658 هـ : معركة عين جالوت في 24 رمضان (الموافق 6 سبتمبر 1260) التي انتصر فيها المسلمون بقيادة السلطان قطز على التتار المغول بقيادة هولاكو.
  • عام 663 هـ : انتصار مسلمي المغرب على الفرنج الصليبيين.
  • عام 666 هـ : فتح أنطاكية على يد السلطان الملك الظاهر بيبرس. و كانت في أيدي الصليبيين.
  • عام 1393 هـ : حرب أكتوبر أو العاشر من رمضان، انتصر فيها المصريون والسوريون على الإسرائيليين في كل من جبهتي سيناء والجولان، وقعت هذه المعركة في 10 رمضان 1393 هـ ، الموافق 6 أكتوبر 1973م



Ramadhan Kita: Tanda Aras & Pengajaran

pada 19 Ogos 2009


Insya Allah, maghrib 21 Ogos, Ramadhan mengunjungi kita membawa tawaran mega terbesar tahunan: rahmah (rahmat), maghfirah (keampunan) dan `itqun min an-naar (keselamatan dari neraka). Terpulang kepada kita untuk mengisinya.

Memandangkan kebanyakan portal / blog telah mewarwarkan panduan asas memanfaatkan Ramadhan (pengenalah, keagungan, kelebihan / fadhilat, tegahan, tips, dsb), saya bercadang untuk mengutarakan isi sedikit berlainan sebagai pelengkap.

Perkongsian saya adalah berkenaan tanda aras (benchmark) & pengajaran Ramadhan yang kita lalui berbanding yang dilalui orang terdahulu (bermula zaman Rasulullah hinggalah terhampir kini).
  • Rasionalnya mudah: kita perlukan tanda aras untuk menilai pencapaian
  • Cuma, piawai (standard) pencapaian adalah berbeza dari individu ke individu
  • Apapun, saudara/i boleh menetapkan sendiri aras asas (baseline) yang diyakini wajar.
Justeru, saya kongsikan beberapa rujukan ke laman-laman berkaitan. Cuma, amat dihargai, kiranya ada pembetulan maklumat pada mana-mana laman web yang saya rujuk tersebut. Ini memandangkan kebnyakan laman / blog tidak menyatakan rujukan / sumber salinan mereka. Buat masa ini, antara rujukan ialah:
Moga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya, Insya Allah...

Ramadhan Kita: KRA / KPI / BSc

pada 18 Ogos 2009




Dalam kesibukan kita mengejar KPI diri & organisasi, apa kata kita ubahsuai KPI sendiri untuk Ramadhan ini. Ia tidak bemaksud untuk memberi nilai kuantitatif terhadap ketaqwaan (matlamat puasa - Al-Baqarah:183). Ia sekurang-kurangnya berguna untuk:

1. penilaian peribadi, di mana suatu mekanisme diolah bagi memantau penambahbaikan tahunan (hari ini lebih baik dari semalam)


2. penjajaran misi mencapai ketaqwaan
  • Firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Al-Baqarah:183).
  • Sejak kecil kita dibacakan terjemahan ayat ini, namun Stephen Covey (antaranya) yang membawa idea ini ke dunia korporat (7 Habits - Habit 2: Begin with End in Mind)
Saya belum bertemu dengan satu format 'spreadsheet' atau perisian yang tepat bagi tujuan KPI Ramadhan. Cuma, mungkin sebagai asas, panduan ringkas tersebut boleh diubahsuai:
  • MyQuestScoreCard - versi lama 2007
  • Carian sendiri. Contoh untuk ditaip: [muhasabah ramadhan filetype:xls]
Mungkin ada cadangan templet KPI yang bersesuaian?

Hukum Membawa Mushaf Versi Elektronik

pada 17 Ogos 2009


Ada kemusykilan yang ditimbulkan ekoran kiriman terdahulu saya (Mushaf Versi Elektronik), terutamanya jika ia dibawa ke tempat-tempat yang tidak suci.

Antara fatwa yang sempat saya rujuk berkenaan isu ini ialah:

1.   Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam:
  • Saya belum terjumpa fatwa berkaitan isu ini (membawa Mushaf versi elektronik ke tempat tidak suci) dalam paparan Sistem Maklumat E-Fatwa
  • Isu yang kelihatan hampir sama ada difatwakan (Hukum Penggunaan Ayat-ayat Suci Al-Quran dan Laungan Azan dalam Nada Dering dan Paparan Skrin di dalam Telefon Bimbit - 10 April 2007 melalui muzakarah Kali Ke-77). 
  • Namun ia tidaklah bertepatan dengan isu yang kita bincangkan di sini. Ini kerana, tanpa mematikan telefon / mengubah nada dering tersebut, kita tidak dapat mengawalnya dari berbunyi jika ada panggilan masuk ketika berada di tempat tidak suci. Manakala bagi Mushaf versi elektronik, kita tentu tidak membuka aplikasinya bagi paparan di tempat tidak suci atau tidak menutupnya terlebih dahulu (kita mengawalnya).

2.   Pejabat Mufti Kerajaan Brunei Darussalam:
  • Hukum Membawa Alat-alat yang Mengandungi Perisian Al-Qur'an ke Tandas  (Bil : 245 Bahagian Pertama bertarikh 28 Februari 07) [muat turun fail - 5 muka surat]
  • Antara keputusannya: "Maka dapatlah diambil kesimpulan di sini bahawa adalah harus hukumnya membawa masuk alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya ke tandas dengan syarat unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an itu tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada di tandas."
Saya beranggapan bahawa fatwa Mufti Kerajaan Brunei tersebut adalah bertepatan dengan isu yang kita bincangkan di sini.

Al-Quran (baca: Mushaf) Versi Elektronik

pada 16 Ogos 2009


Ramadhan makin hampir. Ada yang mencari Al-Quran (sebenarnya: Mushaf) versi elektronik.

Sebelum itu, suka saya maklumkan perbezaan perkataan Al-Qur'an dengan Mushaf. Keterangan di Wikipedia agak jelas.

Antara pilihan Mushaf versi elektronik (bergantung kepada kesesuaian pembaca):

  • Versi 'mobile' (PDA / smart phone / handphone):
  1. WM / Pocket PC: Pocket Islam PPC
  2. Smart Phone: Pocket Islam SP
  3. OS lain: PocketQuran, dan lain-lain laman
  4. format .jar: Carian Quran / Koran di GetJar
  • Versi web: Mushaf dengan terjemahan Melayu:
  1. Quran Explorer.com  
  2. Al-Islam.com  
  3. Ekabakti.com
  • Versi 'plug-in':
  1. MS Word (2000, XP, 2003) plug-in dari MyQuran
  • Versi PDF / MS Excel:
  1. QuranicLessons
  2. QuranDownloads
  3. Indeks Al-Quran (MS Excel)
  • Carian umum:
  1. Enjin carian
  2. InternetArchive

Apapun yang anda muat turun, adalah wajib untuk disahkan terlebih dahulu ia sahih sebagaimana Mushaf yang diiktiraf. Sekiranya kita ada pangkalan data kesemua versi elektronik yang sahih, ia adalah lebih baik.

Selamat menghayati Al-Qur'an...

Tawaran Mega bermula 21 Ogos 2009

pada 15 Ogos 2009


Asri Ibrahim (Rabbani) - Perginya Seorang Da'ie

pada 14 Ogos 2009


...انّا للہ و انّا اليه راجعون

(الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون...) (... Orang-orang yang apabila ditimba musibah, mereka berkata "sesungguhnya kami milik Allah, dan sesungguhnya kami akan pulang kepadaNya") - Surah Al-Baqarah, Ayat 156.


Takziah buat keluarga telah memberikan sokongan sepenuhnya dalam dakwah beliau.