Haji: Menapis Silap Tafsir

pada 30 Oktober 2009



Insya Allah, sebulan lagi kita akan menyambut Eid-ul Adha. Jika kita yang merayakannya di tanahair dapat merasai falsafahnya, saudara kita yang merayakannya dalam Hajj Akbar 1430H tentunya lebih menghayatinya.


Berbicara tentang Haji, saya turut tertarik dengan senario menunaikan Haji pada usia emas. Tiada salahnya, namun ada pilihan yang lebih baik untuk menunaikannya pada umur lebih muda. Pun begitu, isu usia emas bukanlah fokus saya.

Isunya ialah: mengapa begitu? Apakah asas penilaiannya? Apakah ini cerminan pegangan segelintir kita? Jika ya, apakah impaknya dalam proses pengintitusian Haji dalam kehidupan? dan 1001 persoalan selanjutnya akan menerjah benak kita…

Saya meninjau secara rawak, dan beranggapan bahawa `adat’ ini mungkin terbina daripada persepsi / tafsiran / hitungan / alasan yang tidak tepat, antaranya:

1. Silap tafsir kemampuan kewangan

- Syarat kemampuan kewangan membawa pelbagai hkmah, antaranya adalah membina individu ummah yang kukuh kewangannya. Ia bukan sebagai jalan keluar untuk mengelakkan Haji dengan alasan ketidakmampuan kewangan.

- Soalnya: Apakah dalam perancangan kewangan kita, fardhu Haji disasarkan sebelum menjangkau usia 30 / 35/ 40? Apakah cara perbelanjaan kita, yang mungkin tersasar daripada perancangannya dek kehendak mengatasi keperluan, mencerminkan komitmen kita untuk ibadah Haji?

2. Silap tafsir kesediaan spiritual

- Alasan-alasan seperti `belum bersedia / belum masanya / masih dalam proses penyucian jiwa / nak pastikan sedia untuk haji mabrur / masih muda’, dan 1001 seumpamanya lebih menggambarkan pemikiran / spiritual pasif.

- Soalnya: apakah kita benar-benar menyiapkan diri? Sampai bila? Adakah waktu diinjak usia emas, kita nyata bersedia? Ataupun, sempatkah kita?

3. Silap tafsir Haji sebagai penamat (bukannya pemacu)

- Mungkin kerana ibadah Haji memerlukan tempat dan kewangan khusus berbanding rukun Islam lainnya, ia dilihat sesuai bagi golongan warga emas, mungkin sebagai bekalan terakhir sebelum bertemu Allah. Sekali lagi, pemikiran / spiritual pasif diambil sebagai pegangan.

- Analogi mudah (walaupun mungkin kurang tepat): Haji sebagai pit-stop untuk isi minyak & tukar tayar, bukannya garisan penamat untuk lepaskan pedal minyak

~~~
3 contoh di atas merupakan antara silap tafsir yang berleluasa.
Jadi, soalan umumnya: mengapa kita memilih pendekatan pasif berbanding hikmah sebenar pensyariatannya yang mahukan kita proaktif? Kekadang, dalam contoh urusan lainnya, ada yang berkata: "sunat jer, takyah buat tak per" atau "makruh jer, buat pun tak per"
~~~

Pohon maaf kerana coretan kali ini tidak disokong sebarang nas bagi semakan rentas. Insya Allah ia diperhalusi jika ada kesempatan lain.

1 Syawwal: Manifestasi Kejayaan Ketaatan

pada 19 September 2009



Selamat menyambut Aidil Fitri, maaf saya pinta atas salah dan silap.
 تقبل الله منا ومنكم  (moga Allah terima amalan kita (di Ramadhan))

Renungan seminit:

Alhamdulillah, setelah 29 hari mengikuti pusat latihan Ramadhan yang dipenuhi pelbagai ganjaran mega yang tidak dianggarkan berapa peratus sahaja dicapai, kita dikurniakan peluang meraikan kejayaan terhadap ketaatan tersebut. Sama ada latihan dilalui dengan jayanya atau sebalikya, atas sifat Maha Pemurah, Allah tetap mengurniakan kita peluang untuk menjengah Syawwal.

Perasaan kita tentunya berbaur, di antara kesedihan (mungkin juga kekesalan dek alpa) kerana Ramadhan berlalu, dengan kegembiraan (yang entah berasas atau tidak) menyambut Syawwal. Tanpa asas mantap, kita mungkin meraikan 1 Syawwal (1-30 Syawwal jika dikira rumah / pejabat terbuka) tanpa sorotan jelas terhadap falsafah Eid ini. Lalu jadilah Syawwal kita sebagaimana Ramadhan yang tidak dilengkapi.

Jarang sekali kita dengar ucapan  تقبل الله منا ومنكم  (moga Allah terima amalan kita (di Ramadhan)), meskipun ia merupakan manifestasi utama aspek `ubudiyyah dalam Eid. Tidak dinafikan bahawa ucapan `Maaf Zahir & Batin' dan sebagainya juga sebahagian manifestasi kecerdasan spiritual, namun apakah tersemat di lubuk hati penutur dan penerima tentang kaitannya dengan darjah ketaatan dalam Ramadhan untuk diraikan pada Syawwal?

Sekadar ingatan untuk diri sendiri yang sering alpa, dan dikongi untuk manfaat bersama, kiranya ada nilainya. Moga takbir raya dan sambutan kita lebih bermakna pada kali ini.

29 Ramadhan: Tanda Aras & Penghayatan

pada 18 September 2009


A. Tanda Aras: Ramadhan Mereka / hari ini dalam sejarah

Ringkasan dari laman NourAllah.com:
  1. 3 Peristiwa: Zakat difardhukan, Solat `Eid disyariatkan, Jihad diperintahkan (2H = 24 Mac 624M). [Tiada catatan rujukan]
  2. Pembinaan Kota Qairawan (48H = 09 Nov 68M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English]
* Maklumat lebih terperinci di QudsDay.org, dan paparan hari 1-30 di Ikhwan.net


B. Tadarus / Penghayatan Al-Quran:
  • Bacaan & terjemahan: Juzu' 29 (Al-Mulk:1 - Al-Mursalat:50)
  • Penghayatan: pelbagai sub-topik boleh didapati di Tafsir Ibn Katheer melalui Tafsir.com
Teks Al-Quran dengan terjemahan Melayu?

28 Ramadhan: Tanda Aras & Penghayatan

pada 17 September 2009


A. Tanda Aras: Ramadhan Mereka / hari ini dalam sejarah

Ringkasan dari laman NourAllah.com:
  1. Pernikahan Rasulullah S.A.W.dengan Sayyidatina Zainab Bint Khuzaimah R.A. (4H (ada yang mengatakan pada 5 Ramadhan 4H  = 626M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English]
  2. Banu Thaqif menganut Islam. (9H = 01 Jan 631M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English]
* Maklumat lebih terperinci di QudsDay.org, dan paparan hari 1-30 di Ikhwan.net


B. Tadarus / Penghayatan Al-Quran:
  • Bacaan & terjemahan: Juzu' 28 (Al-Mujadilah:1 – At-Tahrim:12)
  • Penghayatan: pelbagai sub-topik boleh didapati di Tafsir Ibn Katheer melalui Tafsir.com
Teks Al-Quran dengan terjemahan Melayu?

27 Ramadhan: Tanda Aras & Penghayatan

pada 16 September 2009



A. Tanda Aras: Ramadhan Mereka / hari ini dalam sejarah

Ringkasan dari laman NourAllah.com:
  1. Kewafatan Khalifah Umawiy di Andalus, Al-Mansur  (392H = 1002M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English]
  2. Kemenangan tentera `Uthmaniyyah ke atas tentera German. (1107H = 12 Apr 1696M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English]
* Maklumat lebih terperinci di QudsDay.org, dan paparan hari 1-30 di Ikhwan.net


B. Tadarus / Penghayatan Al-Quran:
  • Bacaan & terjemahan: Juzu' 27 (Az-Zariyat:31 - Al-Hadid:29 )
  • Penghayatan: pelbagai sub-topik boleh didapati di Tafsir Ibn Katheer melalui Tafsir.com
Teks Al-Quran dengan terjemahan Melayu?

26 Ramadhan: Tanda Aras & Penghayatan

pada 15 September 2009

Maksud 2 baris akhir:
Apakah persediaan kita bagi Lailatul Qadar?


A. Tanda Aras: Ramadhan Mereka / hari ini dalam sejarah

Ringkasan dari laman NourAllah.com:
  1. Kepulangan Rasulullah S.A.W dan para Sahabat R.A [Ridhwanullah `Alaihim] dari Peperangan Tabuk, diikuti peristiwa pemulauan terhadap Ka'ab Ibn Malik dan 2 sahabatnya R.A. yang tidak pergi berperang. (9H = 05 Jan 631M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English]
  2. Kewafatan Ibn Khaldun, `alim-cendikiawan pelbagai bidang. (37H = 23 Feb 658M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English]
* Maklumat lebih terperinci di QudsDay.org, dan paparan hari 1-30 di Ikhwan.net


B. Tadarus / Penghayatan Al-Quran:
  • Bacaan & terjemahan: Juzu' 26 (Al-Ahqaaf:1 - Az-Zaariyaat:30 )
  • Penghayatan: pelbagai sub-topik boleh didapati di Tafsir Ibn Katheer melalui Tafsir.com
Teks Al-Quran dengan terjemahan Melayu?

25 Ramadhan: Tanda Aras & Penghayatan

pada 14 September 2009


A. Tanda Aras: Ramadhan Mereka / hari ini dalam sejarah

Ringkasan dari laman NourAllah.com:
  1. Pemusnahan Berhala-Berhala. Rasulullah S.A.W. memerintahkan Khalid Ibn Al-Walid R.A. memusnahkan Al-`Uzza, `Amru Ibn Al-`Aas memusnahkan Suwa', Sa'd Ibn Zaid memusnahkan Manat (8H = 15 Jan 630M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English]
  2. Tentera Kerajaan Mamluk (pimpinan Saifuddin Qutuz) mengalahkan dengan teruk tentera Monggol (pimpinan Kitbuqa) dalam Peperangan `Ain Jalut di Palestin. (658H = 03 Sep 1260M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English]
* Maklumat lebih terperinci di QudsDay.org, dan paparan hari 1-30 di Ikhwan.net


B. Tadarus / Penghayatan Al-Quran:
  • Bacaan & terjemahan: Juzu' 25 (Fussilat:47 - Al-Jaathiyah:37)
  • Penghayatan: pelbagai sub-topik boleh didapati di Tafsir Ibn Katheer melalui Tafsir.com
Teks Al-Quran dengan terjemahan Melayu?

24 Ramadhan: Tanda Aras & Penghayatan

pada 13 September 2009



A. Tanda Aras: Ramadhan Mereka / hari ini dalam sejarah

Ringkasan dari laman NourAllah.com:
  1. Pembinaan Masjid `Amru Ibn Al-`Aas di Fustat. (20H = 05 Sep 641M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English]
  2. `Senjata Petroleum' ekoran Perang Israel 6 Oktober 1973 (= Krisis Minyak 1973). Kuwait, Qatar, Bahrain dan Dubai menghentikan eksport petroleum ke USA & Belanda sebagai sokongan terhadap Mesir & Syria yang berperang dengan penjajah Israel. (1393H = 21 Okt 1973M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English]
* Maklumat lebih terperinci di QudsDay.org, dan paparan hari 1-30 di Ikhwan.net


B. Tadarus / Penghayatan Al-Quran:
  • Bacaan & terjemahan: Juzu' 24 (Az-Zumar:32 - Fussilat:46)
  • Penghayatan: pelbagai sub-topik boleh didapati di Tafsir Ibn Katheer melalui Tafsir.com
Teks Al-Quran dengan terjemahan Melayu?

23 Ramadhan: Tanda Aras & Penghayatan

pada 12 September 2009



A. Tanda Aras: Ramadhan Mereka / hari ini dalam sejarah

Ringkasan dari laman NourAllah.com:
  1. Pemusnahan berhala Al-Laat. (9H = 631M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English]
  2. Kelahiran Ahmad Ibn tulun, pengasas Kerajaan Tuluniyyah. (220H = 20 Sep 835M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English]
* Maklumat lebih terperinci di QudsDay.org, dan paparan hari 1-30 di Ikhwan.net


B. Tadarus / Penghayatan Al-Quran:
  • Bacaan & terjemahan: Juzu' 23 (Yaa Siin :8 - Az-Zumar:31 )
  • Penghayatan: pelbagai sub-topik boleh didapati di Tafsir Ibn Katheer melalui Tafsir.com
Teks Al-Quran dengan terjemahan Melayu?

22 Ramadhan: Tanda Aras & Penghayatan

pada 11 September 2009



A. Tanda Aras: Ramadhan Mereka / hari ini dalam sejarah

Ringkasan dari laman NourAllah.com:
  1. Pengepungan Taif  (8H = 12 Jan 630M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English]
  2. Kewafatan Al-Imam Ibn Majah, penyusun Sunan Ibn Majah (271H = 20 Feb 886M). [Rujukan silang: Wikipedia Arabic / English
* Maklumat lebih terperinci di QudsDay.org, dan paparan hari 1-30 di Ikhwan.net


B. Tadarus / Penghayatan Al-Quran:
  • Bacaan & terjemahan: Juzu' 22 (Al-Azhaab:31 - Yaa Siin:27 )
  • Penghayatan: pelbagai sub-topik boleh didapati di Tafsir Ibn Katheer melalui Tafsir.com
Teks Al-Quran dengan terjemahan Melayu?