Suruhanjaya Sekuriti - Senarai Patuh Shariah

pada 31 Julai 2009


Suruhanjaya Sekuriti (SC), yang antara ruang lingkupnya ialah Pasaran Modal Islam, mengeluarkan panduan / statistik berkaitan, antaranya:
  1. Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (Edisi Kedua, 2006).
  2. Senarai Dana Unit Amanah Malaysia Berasaskan Syariah
  3. Senarai Dana Unit Amanah (Dana Islamik bertanda '*')
  4. Panduan Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sehingga 29 Mei 2009, sebanyak 848 sekuriti patuh Syariah telah disenaraikan, yang membentuk sebanyak 88% daripada keseluruhan sekuriti tersenarai.
SC turut mengeluarkan panduan 'Hal Ehwal Pelabur', antaranya:
  1. Senarai laman web / produk pelaburan / syarikat yang tidak diiktiraf SC
  2. Senarai Akhbar / notis berkenan amaran pelabur
  3. Tapak web Pelabur Malaysia
Moga ia menjadi panduan untuk kita membuat pelaburan bijak untuk keberkatan.

Turkestan Timur / Uyghurstan (Xinjiang)

pada 30 Julai 2009


LamanEast Turkestan menceritakan penderitaan saudara kita berbangsa Uyghur di Turkestan Timur (Xinjiang). Antara artikel menarik termuat di dalamnya:
  • A leading Uighur rights activist has criticised Muslim-majority countries for not speaking out against decades of alleged repression and persecution from the Chinese government...
  • "Our only friend is in the West - Western democracies are supporting us and we are very grateful," Kadeeer, who heads the World Uighur Congress, told reporters. "We certainly hope that more Muslim countries will raise our situation."
  • Kadeer attributed the lack of action from Muslim countries to what she said was the success of Chinese "propaganda" to the Muslim world. "So far the Islamic world is silent about the Uighurs' suffering because the Chinese authorities have been very successful in its propaganda to the Muslim world." That propaganda, she said, sent a message to the Muslim world "that the Uighurs are extremely pro-west Muslims - that they are modern Muslims, not genuine Muslims."
  • At the same time, she said, to Western countries the Chinese government "labelled Uighur leaders as Muslims terrorists with links to al-Qaeda - so the propaganda has been pretty effective on both sides."

harunyahya.com


Muat turun video, buku audio, artikel.

Belajar Bahasa Arab - Ekspres

pada 28 Julai 2009

Alhamdulillah, ramai juga kawan-kawan di pejabat yang nak belajar / menyuburkan kembali bahasa Arab masing-masing, termasuk saya. Objekifnya pelbagai:
  1. jangka panjang (bila?): mampu membaca Al-Quran dengan kefahaman asas
  2. jangka sederhana (3 bulan?): mampu pandu anak siapkan kerja rumah :-)
  3. jangka pendek (1 bulan?): mampu bertutur beberapa patah perkataan
Jadi, kami mulakan dengan diskusi sesama sendiri setiap Isnin & Rabu, jam 5-6 petang. Maksudnya, kalau diskusi lancar, 2 jam seminggu = 8 jam sebulan. Dengan kesibukan tugas semasa, kami nampaknya agak 'ambitious' :-)

Pun begitu, kami cuba untuk pacu sesi pembelajaran melalui pendekatan:
  1. teknik 'reverse': mula dengan perbualan ringkas, kemudian pelajari keperluan asasnya
  2. multimedia: sebutan kena lah hampir macam 'native speaker' kan?
  3. internet: percuma - e-book, audio, video, perisian. Antara pautan menarik:
Apapun, bila niat murni, cara betul... ikhtiar & iltizam, insya Allah dipermudah urusan.

Al-Quran - Bacaan 3 Qari', Terjemahan 30 Bahasa

pada 27 Julai 2009





Cuba Hidroponik

Semasa berkunjung ke majlis sambutan Hari Pengguna Malaysia 2009, saya sempat beli 1 set hidroponik dengan harga promosi dari Kazzponic. Konsep '3T' yang diutarakan (tanam, tinggal, tuai) sangat sesuai bagi orang yang tidak rajin bercucuk tanam, macam saya :-). Tanpa rancangan untuk berniaga, jangkaan bagi fasa ini hanya:
  1. masa: manfaat masa santai keluarga,
  2. anak: tunaskan minat terhadap hidroponik/seumamanya,
  3. wang: hasil tanaman balik modal, makan sendiri jer...
Ha, nilah dia rupa set tu:


Kelebihan hidroponik:
  • Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.
  • Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.
  • Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.
  • Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
  • Hasil tanaman boleh di makan keseluruhanya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.
  • Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.
  • Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.

Kelemahan hidroponik:
  • Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.
  • Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah.
  • Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa
* Sumber: Wikipedia BM. Semakan silang: Wikipedia BI

Sambutan Hari Pengguna Malaysia 2009

pada 26 Julai 2009

Sambutan Hari Pengguna Malaysia 2009 di Kuantan pada 24-26 Julai 2009.

Sebulan ke Ramadhan

pada 24 Julai 2009




Hari ini 1 Sya'ban 1430H,
tinggal kurang lebih sebulan lagi sebelum Ramadhan Mubarak menjengah.

Perkongsian seorang amatur



Assalamu'alaikum semua,
Selamat berkunjung dan memberi pandangan berharga anda.

Walaupun blog picisan ini mungkin tidak memenuhi kehendak anda (tiada fokus, dll), ia menyajikan pemerhatian penulis terhadap pengalaman singkatnya yang cuba diolah bagi manfaat bersama.